Posts

Showing posts from August, 2018

SPONGE CAKE

Image
Seringkali saya diajukan dengan pertanyaan. Ada tak resipi kek yang senang dibuat dan tak banyak mengunakan bahan. Bila soalan ini timbul, segera terlintas difikiran. KEK SPAN @ SPONGE CAKE. Kek ini merupakan kek pertama yang saya pelajari ketika berusia 9 tahun. Dan sudah pasti cikgunya adalah arwah emak saya. Katanya, kek ini senang sangat sambil pejam mata pun bleh buat. 😂 itu kata arwah mak la. Tapi bila da dewasa ni saya akui memang benar katanya. Kek paling mudah serba serbi. Resipi dibawah adalah resipi asas. Untuk perisa hanya perlu tambahkan pes perasa dan pewarna. Senangkan....so apa tunggu lagi. Sila kedapur dan mula menimbang bahan-bahan semua. Selamat mencuba. Bahan 100g    Tepung Gandum 100g    Gula Kastor 1 tsp    Baking Powder 25g       Ovellate 4biji    Telur 35 ml   Air Sedikit Perasa Vanila 35g       Butter Cair Cara 1. Satukan semua bahan kecua...

POPIA SEAWEED

Image
Hai semua Lama tak bersiarankan. Hari ni Cuna nak kongsikan resipi Popia Seaweed. Popia yang paling senang, mudah untuk disediakan dan sedap serta ranggup untuk dimakan. Selain dari itu, popia ni baik untuk dijadikan snek kesihatan disebabkan kandungan seaweednya. Tapi bagi yang alergik macam Cuna cuba elakkan ya. Nanti ada pula yang dok mengaru. Hahaha 😂 Apa pun selamat mencuba ya. Bahan-bahan Kulit Popia Seaweed 1 biji Putih Telur Secubit Garam Cara membuat 1. Pukul telur dan garam hingga sebati. 2. Sapukan telur diatas kulit popia. 3. Layerkan seaweed diatas kulit popia dan sapukan telur diatas seaweed. 4. Layerkan lagi ulit popia. 5. Potong mengikut kreativiti (petak, bulat, 3segi, bintang atau gulung) 6. Goreng hingga kekuningan. 7. Sejukkan sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.