SPONGE CAKE



Seringkali saya diajukan dengan pertanyaan. Ada tak resipi kek yang senang dibuat dan tak banyak mengunakan bahan.

Bila soalan ini timbul, segera terlintas difikiran. KEK SPAN @ SPONGE CAKE. Kek ini merupakan kek pertama yang saya pelajari ketika berusia 9 tahun. Dan sudah pasti cikgunya adalah arwah emak saya.

Katanya, kek ini senang sangat sambil pejam mata pun bleh buat. 😂 itu kata arwah mak la. Tapi bila da dewasa ni saya akui memang benar katanya. Kek paling mudah serba serbi.

Resipi dibawah adalah resipi asas. Untuk perisa hanya perlu tambahkan pes perasa dan pewarna. Senangkan....so apa tunggu lagi. Sila kedapur dan mula menimbang bahan-bahan semua.

Selamat mencuba.


Bahan

100g    Tepung Gandum
100g    Gula Kastor
1 tsp    Baking Powder
25g       Ovellate

4biji    Telur
35 ml   Air
Sedikit Perasa Vanila

35g       Butter Cair


Cara

1. Satukan semua bahan kecuali butter.

2. Pukul hingga kembang atau bertanduk.

3. Apabila kembang masukkan butter.

4. Kaup balik hingga rata. Jangan pukul nanti batter akan cair.

5. Masukkan kedalam loyang dan bakar selama 20-45 minit pada suhu 170°C. Bergantung kepada oven masing-masing.

● Adunan ini sesuai untuk saiz loyang 6 inci atau 8 inchi.
● Untuk perasa hanya tambahkan pes serta pewarna.

Comments

Popular posts from this blog

Ubi Getuk @ Ubi Ketuk

KEK KEJU LIMAU KASTURI

BANANA CAKE / KEK PISANG