Kek Hati Parek Legend dan simple

Bahan -bahannya 10 biji Telur gred A 16 oz Butter ( Cuna guna Anchor) 1 tin Susu Pekat 9 gelas Tepung Gandum (Cuna guna Tepung HongKong) 6 gelas Gula Kastor (Cuna guna 5 gelas sahaja) 8 sudu besar Browning 3 sudu kecil Soda Bikarbonat 6 oz (300g) Kismis Hitam 300g Prune Cara-caranya 1. Kismis diblend hingga hancur. 2. Prune dihiris 3. Pukul telur dan gula hingga kembang, ringan dan berwarna krim. Ketepikan. 4. Didalam bekas yang lain pukul butter hingga kembang dan putih. 5. Kemudian masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan pukul hingga sebati dan pekat. 6. Masukkan susu, tepung, soda bikarbonat,dan gaul rata. 7. Apabila sudah sebati masukkan pula browning, kismis dan akhir sekali prune. 8. Masukkan kedalam loyang saiz 10" yang telah diglis tepinya dan dialas dengan parchment paper atau kertas minyak. Masukkan kedalam periuk kukus yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. 9. Kukus selama 8 jam. Tips 1. Hent...