Kek Hati Parek Legend dan simple
Bahan -bahannya
10 biji Telur gred A
16 oz Butter ( Cuna guna Anchor)
1 tin Susu Pekat
9 gelas Tepung Gandum (Cuna guna Tepung HongKong)
6 gelas Gula Kastor (Cuna guna 5 gelas sahaja)
8 sudu besar Browning
3 sudu kecil Soda Bikarbonat
6 oz (300g) Kismis Hitam
300g Prune
Cara-caranya
1. Kismis diblend hingga hancur.
2. Prune dihiris
3. Pukul telur dan gula hingga kembang, ringan dan berwarna krim. Ketepikan.
4. Didalam bekas yang lain pukul butter hingga kembang dan putih.
5. Kemudian masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan pukul hingga sebati dan pekat.
6. Masukkan susu, tepung, soda bikarbonat,dan gaul rata.
7. Apabila sudah sebati masukkan pula browning, kismis dan akhir sekali prune.
8. Masukkan kedalam loyang saiz 10" yang telah diglis tepinya dan dialas dengan parchment paper atau kertas minyak. Masukkan kedalam periuk kukus yang sudah dipanaskan terlebih dahulu.
9. Kukus selama 8 jam.
Tips
1. Hentak 2x loyang berisi adunan kek sebelum dikukus bagi memastikan kek padat dan tidak berlubang ditengah.
2. Pastikan loyang berisi adunan ditutup dengan kain bagi memastikan bahagian atas kek tidak berkawah2.
3. Masak mengunakan api sederhana. Jika api terlalu besar kek akan membuncit dtengah dan merekah. Apabila sejuk kek akan kelihatan retak.
4. Pastikan kek betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. Jika kek masih panas kek akan terbelah 2. Seelok2nya biarkan semalaman.
Melihat kepada resipi memang menakutkan. Terutama kandungan gula dan tepungnya yang banyak. Tapi jangan bimbang ikut saja sukatan tersebut jangan takut pasti akan jadi. Kek ini memang berat, kalau tak salah tempohari Cuna timbang lebih kurang 2.3kg selepas dikukus. Sebab itu dia perlukan loyang yang besar dan tinggi.
Selepas dikukus kek akan kelihatan kering tapi jangan bimbang selepas semalaman kek akan mula lembab. Ini terhasil kerana kandungan gula, kismis dan prune yang mula mengeluarkan minyaknya.
Jika kek ini disimpan didalam peti sejuk. Ia akan dalam bertahan selama setahun jika dibungkus didalam bekas kedap udara. Rasanya tidak akan berubah malahan semakin enak dinikmati. Sebab itulah kek ini dipangil kek legend kerana sifat dan pembuatannya yang sedikit rumit dan mengambil masa yang agak lama disediakan.
So, jangan ragu2. Boleh cuba resipi ini untuk raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Sekali sekali hidangkan kek yang berbeza dari yang lain terutama bagi rakan2 yang berada disemenanjung. Selamat mencuba.
Inshaa Allah. Jika diizinkan Allah. Next resipi Cuna akan kongsikan resipi Kek Belacan pula. Sehingga jumpa lagi di post yang seterusnya. 😊
Comments
Post a Comment