TALAM SUJI

Assalamualaikum dan Salam Ramadan

Seperti dijanjikan hari ini Cuna ingin kongsikan resipi Talam Suji kegemaran Cuna. Resipi ini seperti biasa mengunakan acuan bersaiz 7 inchi dan boleh dihidangkan untuk 4 - 6 porsi.


Bahan Bawah

Bahan A

100 ml   Santan
125 ml   Air
100 g      Gula Pasir
1 biji      Telur
Sedikit pewarna kuning telur

Satukan semua bahan, gaul hingga gula hancur dan tapis.

Bahan B

100 g        Tepung Suji @ semolina
150 ml      Air

1. Rendam bahan B selama 30 minit.

2. Satukan bahan A dan B dan masak diatas api sederhana sehingga adunan pekat dan kental.

3. Masukkan kedalam acuan dan ratakan.

4. Kukus selama 25 minit.



Bahan Atas

Bahan A

150 g       Gula Melaka
25 g         Gula Pasir
125 ml    Air

Masak hingga gula hancur. Tapis dan sejukkan.


Bahan B

75 g          Tepung Gandum
100 ml     Santan
1 biji        Telur
1/2 tsp      Garam

1. Satukan bahan A dan bahan B dan gaul rata.

2. Tapis dan panaskan iatas api sederhana sehingga adunan sebati dan jangan terlalu pekat kerana akan menyebabkan adunan tidak rata dan berkilat jika terlalu pekat.

3. Tuang adunan keatas lapisan bawah tadi dan kukus selama 30 minit.

4. Apabila sudah siap dikukus, sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.


Selamat mencuba.




Comments

Popular posts from this blog

Ubi Getuk @ Ubi Ketuk

KEK KEJU LIMAU KASTURI

BANANA CAKE / KEK PISANG