KEK KEJU LIMAU KASTURI


Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua yang sedang tidur dengan lena. Sekarang pukul 3.59am. Cuna tak dapat tidur maka dengan tahap kerajinan yang berlebihan. Maka terupload la resepi special Cuna ni.

Resipi ni terhasil kerana kefrustan Cuna mencuba 4 resipi kek keju yang ada dalam FB. Dan hasilnya amatlah menyedihkan. Percubaan pertama Cuna, kek naik tapi tak cukup kembang. Percubaan kedua, kek naik tapi tak gebu gebas macam dalam gambar yang disertakan dalam resipi tu.

Percubaan ketiga, amat memilukan. Kek Cuna BANTAT leeeeer. Ya Rabbi, punya la mencabar kesabaran Cuna. Percubaan keempat, tak adanya Cuna nak cuba lagi resipi dalam FB tu. Semuanya indah gambar dari kenyataan.

Percubaan keempat Cuna terus inovasikan resipi kek span masa belajar kat kolej dulu. Sambil Cuna adjust air ditukar kepada susu dan ditambah keju serta limau kasturi untuk bagi rasa keju dan esotik melayu. Hahaha....nampak tak permainan dia.

Omputeh pakai lemon, kita kat malaysia ni bersepah limau kasturi. Kenapa kita tak gunakan bahan-bahan yang mudah dicari serta murah harganya. Kiranya kek keju Cuna ni kira kahwin campur la. Melayu campur omputeh. Hasilnya kek Pan Asia. Hahaha.....

So...macam biasa. Kepada yang ingin mencuba resipi ni. Selamat mencuba. Kalau tak jadi jangan malu untuk tinggalkan mesej. So nanti, Cuna boleh bantu mana yang boleh. 

Cuma nak pesan sikit masa pukul bahan B, tolong pukul sampai dia kembang dan bertanduk ya. Kalau tidak, nanti tak jadi.

Cuna tak nak bertanggungjawab ya. Da......

BAHAN A
100ml     Susu Segar
4-8kpg    Cheedar Cheese (dicarik)
3-5bj       Limau Kasturi

BAHAN B
200g       Tepung Naik Sendiri
200g       Gula Kastor
30g         Ovallate
8bj          Telur

BAHAN C
75G        Mentega Cair

Cara membuat :
1. Sediakan bahan A. Dengan panaskan susu yang telah dicampurkan bersama keju tadi. Kacau hingga keju cair. Sejukkan dan masukkan jus limau tadi.

2. Pukul bahan B hingga kembang.

3. Dengan mengunakan spatula masukkan bahan C tadi. Gaul hingga sebati.

4. Bakar pada suhu 150C - 160C selama 1 jam atau sehingga masak.

Comments

Popular posts from this blog

Ubi Getuk @ Ubi Ketuk

BANANA CAKE / KEK PISANG