Ubi Getuk @ Ubi Ketuk
Hai semua
Hari ni Cuna nak share resipi Ubi Getuk atau nama lainnya Ubi Ketuk. Bagi Cuna yang berasal daru selatan tanahair itu adalah nama yang paling comman bagi kami. Mungkin namanya berlain jika dibahagian utara.
Bahan utama bagi resipi ni dah tentu tentu la ubi kan. Hehehe.... macam biasalahkan, Cuna akan pos resipi jika tekak ni terasa nak makan sesuatu. Dan ikutkan da agak lama Cuna teringin nak makan ubi getuk ni. Cuma tak jumpa bahan utama.
Kebetulan suami beli ubi so Cuna pun rajinkan sikit tulang temulang ni membuatnya. Itupun selepas suami da siap rebus dan lenyek ubi ni. Hahaha...nampak tak betapa malasnya Cuna ni. 😜
Oklah. Kat bawah ni Cuna ada bagi resipi. So don worry sebab nak buat dia tersangatlah senang. Bulan Ramadan pun da semakin hampir. Bolehlah cuba buat menu berbuka puasa sendiri.
Almaklumlah. Kuih kat bazar ramadan ni kadang2 mendukacitakan. Indah rupa dari rasa. So apakata tahun ni kita berjimat dan bagi anak2 dan suami merasa airtangan kita. Dan jika ada lebih bolehlah panjang2kan rezeki kepada jiran. Betul tak? 😊
Selamat mencuba.
Ubi Getuk
1kg ubi direbus dan dilenyek
500g Kelapa Parut putih
2-4 tbs Gula jika suka manis boleh tambah
1 tsp Garam
Gaul rata semua bahan. Kepal dan bulat2kan bahan tadi.
Bater
200g Tepung Gandum
Sedikit Pewarna Kuning
Jika suka rasa kunyit boleh gantikan dengan serbuk kunyit
Adunan yang telah disediakan tadi dicelup dalam bater dan goreng hingga kuning keemasan.
Toskan dan sedia dihidangkan.

Comments
Post a Comment