Boost Post in Page FB



Assalamualaikum

Hi semua. Arini Cuna nak share sesuatu yang baru cuna belajar. Mungkin bagi kebanyakkan orang yang terrer mengunakan FB sebagai medium bisnes mereka mungkin mencemikkan muka bila baca entri Cuna ni.

Tapi bagi Cuna yang agak jakun ni rasa tak sabar pula ingin berkongsi dengan semua. Macamana nak gunakan FB sebagai medium terbaik untuk kita bisnes. Sejak kebelakangan ini Cuna semakin rasa kurang selesa mengunakan FB cuna untuk berbisnes. Kerana ada sesetengah pihak yang merasakan seolah-olah Cuna ni cuba menunjuk-nunjuk kemahiran diri di dalam FB yang secepik tu.

Untuk makluman semua. Cuna ni nak cari rezeki sebab tu la Cuna up semua gambar-gambar tempahan dari kastemer Cuna setiap minggu. Dan diwaktu yang sama. Cuna nak simpan gambar tu semua sebab tab Cuna akan hang kalau simpan gambar banyak-banyak. Ada faham kalu....

Ok da membebel isu tak beri faedah tu. Berbalik semula kepada Page yang baru Cuna create semalam. Hahaha...semalam kot....arini da nak bagi tips bagai. Ntah pape jer dak Cuna ni. Takpekan benda baik jika dishare Allah sukakan...kan...

Cuna da lama tau pasal boost2 page atau gambar untuk menambah lagi orang agar lebih tau tentang bisnes kita. Cuna juga tau kita akan dikenakan bayaran untuk boost benda-benda tu semua. Yang Cuna tak tahu adalah. Caj yang dikenakan sangat berpatutan dan mampu dibayar oleh semua orang termasuklah kanak-kanak sekolah. Mana taknya Cuna cakap macam tu.

Dengan hanya Rm3.00 kita boleh dapat new like utk gambar yang kita boost. Yang secara tak langsung membuatkan semakin orang lebih tahu kewujudan bisnes kita. Selama ni Cuna ingatkan kena caj beratus-ratus ringgit ker tiap kali boost. Kalau tau sejak dahulu kala Cuna direct jer wujudkan Page.

Tak payah nak penat-penat promote dari mulut ke mulut pasal produk Cuna. Alhamdulillah Ya Allah sebab membuka mata yang buta selama ini. Kadang-kadang...hurm bukan kadang-kadang. Sememangnya apabila Allah datangkan musibah Dia memang nak bagi sesuatu yang lebih baik untuk kitakan. Berbaloi selama 2 minggu ni rasa down sangat apabila terkena.

Tapi sekarang rasa nak berterima kasih pula pada orang tersebut. Kalau tak dikeranakan angkara dia tentu Cuna tak jumpa jalan nikan. Ok...ok...Cuna tau Cuna asik keluar tajuk jer. Tak menyabor la korang ni semua. Kat bawah tu Cuna bagi sikit guide camne nak buat boost kat gambar atau page kita.

Cuna baru try buat kat gambar jer sebab takut nak membazir banyak duit. Konon-konon la...Hehehe...yang sebenarnya takut kalau-kalau kena tipu ker aper. Dan bajet pun ciput, Tu yang boost gambar jer tadi dan tak sangka berkesan cara ni. Inshaa Allah klo memberangsangkan lepas selesai urusan SSM nanti. Cuna akan boost Page plk sbb dengan hanya RM53.00 kita dapat boost page untuk raih lebih ramai liker.

Patutlahkan. Kompeni besar selalu iklan page dorang lalu lalang kat wall kitakan. Rupanya ini kaedah yang dorang gunakan. Hurm...takpe takpe. Masih belum terlambat untuk kita semua belajar.


1. Pastikan yang korang da ada Page. Sebab kaedah ni cuma untuk boost post dalam Page. Kalau korang takde Page celah mana pulak nak boost post kan. hehehe

2. Bila mana korang terasa nak boost mana-mana post. Korang cuma dapat boost untuk 1 jer gambar yang korang da post dalam page. Maksud dia macam ni. Korang cuma boleh boost jika gambar tu korang upload single. Kalau berangkai lebih dari satu. Kaedah ni tak boleh diguna pakai.

3. Bila korang da post gambar korang akan nampak gambar yang macam Cuna post tu tertera kaler biru Boost Post. Ha...korang klik la kat tempat tu nanti dia kan keluar pulak yang macam kat bawah ni.

4. Kat bawah ni adalah tempat dimana korang boleh edit segala info, bajet untuk korang iklankan post korang tu. Ada pilihan dari serendah RM3.00 hinggalah ke Rm1000++ atau mengikut bajet korang sendiri.


 5. Cuna pilih Rm3.00 untuk satu hari. Katanya bleh reach diantara 50
0-2000 like.

6. Bila da siap isi info, pilih bajet korang klik lagi box kaler biru tu.

7. Nanti dia keluar pulak macam yang kat bawah. Hah yang tu pengesahan pembayaran.


8. Bila da siap semua tu nanti fb akan offer korang nak tambah lg tak bajet agar lebih banyak like. Cuna tambah lagi rm1.00 sebab dia kata boleh extend 1 hari lagi. So total Cuna bayar rm5.00 la.
Dan lepas semua tu da selesai Cuna berdebar-debar tunggu hasil dia. Dan wallah.....Hasilnya amat memberangsangkan. Cuna try upload gambar hasil terakhir selepas 2 hari boost post tu tp line tenet amat memilukan. Sori guys..next time line clear Cuna upload hasilnya ya.

Setakat nilah entri Cuna kali ni. Ni pun da tangguh lama sangat da disebabkan line tenet ni. So sampai jumpa lagi. Daaaa....

Ps : Bila mood nak membebel da sampai. Hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Ubi Getuk @ Ubi Ketuk

KEK KEJU LIMAU KASTURI

BANANA CAKE / KEK PISANG