YAM SPONGE CAKE



Hi! semua....

Hari ni Cuna nak share salah satu kek yang paling Cuna suka. Iaitu Kek Span. Cuna adalah pengemar tegar kek span. Ingat lagi masa zaman kolej dulu. Masa dalam sem pembuatan kek. Bila masa belajar kek span tiap-tiap hari kena bakar kek.

Dari perisa vanila hingga la kepada perisa coklat, pandan, strawberry dan macam-macam lagi. Dan Cuna adalah orang yang paling tak sabar nak jumpa lecturer untuk dinilai supaya Cuna dapat baham kek yang Cuna buat pada hari presentation tu. Hahahaha....memang tak semengah betul perangai masa tu.

Dan Cuna tak kesah pun pasal perisa. As long as kek tu nama dia kek span. Pasti akan berakhir dalam perut Cuna. So kebetulan hari ni Cuna ada bakar kek span so Cuna rajin-rajinkan lah tangan Cuna untuk menaip lappy. Oh....lupa pulak nak bagitau kat semua. Kek span yang cuna makan selalunya Cuna celup dalam air kopi. Heheheh.....RARE tak. 

Sedap ooooo....tak percaya try la sendiri. Sekali buat mesti nak lagi. HEAVEN tau. Ok la. Mesti semua da tak sabar nak resipikan. So resipi yang Cuna bagi tu adalah Basic untuk semua kek span kecuali kek span coklat. Yang tu nanti-nanti Cuna share ok.

Kek Sponge

5 biji Telur
125g     Gula Kastor
1 tsp     Ovallate
250g     Tepung
1 tsp     Serbuk Penaik
75ml     Minyak Jagung /Masak
Secukup Perisa / Pewarna

Cara
1. Satukan semua bahan kecuali minyak. Dan pukul hingga kembang dan ringan.
2. Masukkan minyak dan kaup balikkan adunan tadi hingga sebati.
3. Gris loyang saiz 8 inchi dan tuang adunan tadi.
4. Bakar selama 30 minit pada suhu 150 -160C.

Ok. Selamat mencuba ya.

Comments

Popular posts from this blog

Ubi Getuk @ Ubi Ketuk

KEK KEJU LIMAU KASTURI

BANANA CAKE / KEK PISANG