CARROT CAKE
Hai semua
Kali ni Cuna nak share resipi Carrot Cake kegemaran Cuna. Cuna suka makan kek ni bersama dengan Cheese topping. Almaklum la Cuna ni hantu cheese. Pada yang tak gemarkan cheese boleh topping kek ni mengunakan whipping cream.
Tapi jujur Cuna cakap. Carrot Cake ni takkan lengkap rasanya jika tak menggunakan cheese topping. Rasa dia urmmm....urmmmmm.......HEAVEN. Tapi apa nak buatkan kalau ada yang tak suka cheese. Selera masing-masing. Iyorkan jor la 😅😅
So untuk yang da tak sabar tu. Resipi dia ada kat bawah nuhah. Cuna harap korang semua cuba tau. Sebab kek ni senang nak buat walaupun terasa macam banyak sangat barang nak guna. Tapi jangan bimbang sebab kebanyakan bahan semua mesti ada kat dapur.
Selamat mencuba guysssss.......
Carrot Cake
1 1/2 cawan Gula
1 cawan Minyak Masak
3 biji Telur
2 cawan Tepung Gandum
2 tsp Cinnamon Powder
1 tsp Baking Powder
1 tsp Esen Vanila
1/2 tsp Garam halus
3 cawan Carrot (parut)
1 cawan Walnut cincang (cuna tak guna sebab suka rasa carrot aja)
Cara
1. Satukan semua bahan kering dan ayak.
2. Pukul telur, gula dan vanila hingga kembang.
3. Masukkan carrot dan bahan kering tadi dan gaul rata.
4. Masukkan kedalam acuan 8" dan bakar selama 45 - 1 jam pada suhu 150°-170°.
5. Apabila masak sejukkan sebelum dihias menggunakan Cheese topping.
Cream Cheese Topping
250g Cream Cheese
1 cwn Gula Aising
1 tsp Esen Vanila
1/4 cwn Butter @ Marjerin
2-3 tbsp Susu Segar
Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati.
Senangkan nak buat. So jangan tunggu lagi. Masuk dapur dan mula parut carrot. Selepas 1 1/2 jam da siap. Da boleh hidangkan bersama teh untuk minum petang.
Comments
Post a Comment