Posts

Showing posts from May, 2018

TALAM SUJI

Image
Assalamualaikum dan Salam Ramadan Seperti dijanjikan hari ini Cuna ingin kongsikan resipi Talam Suji kegemaran Cuna. Resipi ini seperti biasa mengunakan acuan bersaiz 7 inchi dan boleh dihidangkan untuk 4 - 6 porsi. Bahan Bawah Bahan A 100 ml   Santan 125 ml   Air 100 g      Gula Pasir 1 biji      Telur Sedikit pewarna kuning telur Satukan semua bahan, gaul hingga gula hancur dan tapis. Bahan B 100 g        Tepung Suji @ semolina 150 ml      Air 1. Rendam bahan B selama 30 minit. 2. Satukan bahan A dan B dan masak diatas api sederhana sehingga adunan pekat dan kental. 3. Masukkan kedalam acuan dan ratakan. 4. Kukus selama 25 minit. Bahan Atas Bahan A 150 g       Gula Melaka 25 g         Gula Pasir 125 ml    Air Masak hingga gula hancur. Tapis dan sejukkan. Bahan B 75 g          ...

KUIH LAPIS

Image
Assalamualaikum dan Salam Ramadan Hari ni hari ke 4 kita berpuasa. Seperti yang Cuna janjikan pada entri yang lepas dan Inshaa Allah Cuna akan cuba untuk share setiap kuih tradisional yang disediakan sepanjang bulan Ramadan ini dengan semua. Hari ni tekak terasa nak makan Kuih Lapis. Kuih yang paling banyak dijual di gerai2 sarapan pagi atau dimana2 bazar Ramadan. Satu yang membezakan Kuih Lapis yang dijual adalah Kuih Lapis kita ada perasa dan berbau Ros. Yang dijual kira bernasib baiklah kuih tu dapat dimakan. Kadang2 keras, kadang2 lembik atau kalau tak bernasib baik kuih langsung tak ada rasa apa2.  Kejadian ini memang selalu Cuna alami yang menyebabkan Cuna give up nak pergi bazar Ramadan. So, hari ni Cuna kongsikan resipinya yang Cuna dapatkan diblog yang telah diubah suai bagi memudahkan penyediaannya. Dan telah Cuna cuba dan menjadi dengan jayanya. So, tak perlu risau kalau2 tak menjadi 😊. Selamat mencuba. Bahan-bahan 2 cawan     Tepun...

SERI MUKA

Image
Salam Ramadan al Mubaraq buat semua. Sempena bulan Ramadan yang mulia ni mesti ramai yang rajin ke dapur untuk menyediakan hidangan kegemaran sendiri mahu pun keluarga. Yang pasti kuih muih pasti akan jadi salah satu hidangan pentingkan. Bagi Cuna & keluarga lebih memilih kuih muih tempatan yang berkukus. Sudah menjadi satu kemestian bagi Cuna untuk menyediakan sendiri sebab suami agak cerewet dan agak sukar untuk mencari bazar2 Ramadan yang menjual kuih talam yang dapat memenuhi kehendak kami. Maka dengan itu sebagai jalan penyelesaian, Cuna akan buat talam setiap 2 hari sekali sepanjang Ramadan. Untuk hari kedua Ramadan kali ini. Cuna menyediakan Talam Seri Muka atau disesetengah tempat memanggilnya Pulut Sekaya. Seperti biasa Cuna kongsikan resipi Cuna kepada semua. Untuk makluman semua resipi Cuna sepanjang bulan puasa ini dalam kuantiti yang kecil sahaja. ini disebabkan Cuna ingin mengelakkan pembaziran serta mempercepatkan lagi penyediaannya. Setiap hid...

BROWNIES KEDUT

Image
aka Chewy Gooey Yummy Brownies Macamana nama dia macam tu la rasa dia. Banyak orang yang kurang pasti macamana rasa sebenar Brownies. Untuk pengetahuan semua Brownies terbahagi kepada 2 kategori. Satu tekstur seperti kek dan satu seperti biskut. Yang seperti kek rasanya lebih spongy dan moist. Bagi yang da cuba resipi Moist Chocolate Brownies Cuna mesti faham perbezaannya. Sementara yang seakan biskut ni rasanya lebih liat tapi tak adalah liat macam gula tarik. Dia liat2 gitu jer. Kalau tanya mana satu legemaran Cuna? Tak ada jawapan untuk soalan tu sebab dua2 ada rasa tersendiri. So....Cuna harap semua akan cuba kedua2 resipi yang ada didalam blog ni untuk rasa perbezaannya sendiri. Selamat mencuba Brownies Kedut Bahan A 400g     Coklat Masakan 150g     Butter Dadukan coklat dan satukan dengan butter dan Double Boiler. Ketepikan. Bahan B 4 biji    Telur 100g     Gula Perang 100g     Gu...