SERI MUKA

Salam Ramadan al Mubaraq buat semua.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ni mesti ramai yang rajin ke dapur untuk menyediakan hidangan kegemaran sendiri mahu pun keluarga. Yang pasti kuih muih pasti akan jadi salah satu hidangan pentingkan.

Bagi Cuna & keluarga lebih memilih kuih muih tempatan yang berkukus. Sudah menjadi satu kemestian bagi Cuna untuk menyediakan sendiri sebab suami agak cerewet dan agak sukar untuk mencari bazar2 Ramadan yang menjual kuih talam yang dapat memenuhi kehendak kami.

Maka dengan itu sebagai jalan penyelesaian, Cuna akan buat talam setiap 2 hari sekali sepanjang Ramadan. Untuk hari kedua Ramadan kali ini. Cuna menyediakan Talam Seri Muka atau disesetengah tempat memanggilnya Pulut Sekaya.


Seperti biasa Cuna kongsikan resipi Cuna kepada semua. Untuk makluman semua resipi Cuna sepanjang bulan puasa ini dalam kuantiti yang kecil sahaja. ini disebabkan Cuna ingin mengelakkan pembaziran serta mempercepatkan lagi penyediaannya.

Setiap hidangan adalah dianggarkan 4 - 6 orang makan. Cukup untuk satu hidangan keluarga kecil seperti Cuna. Jika rasa tidak mencukupi boleh gandakan saja resipi yang Cuna berikan.


SERI MUKA

Bahan-bahannya
BAWAH

250 g     Beras Pulut direndam semalam
(Cuna cuma gunakan 200g kerana Cuna kurang gemar pulut)

50 ml        Santan Pekat (kotak pun boleh)
1/3 tsp   Garam
1 tsp       Minyak Masak (tidak diperlukan jika mengunakan santan asli)
1 helai   Daun Pandan

1. Pulut, santan, garam dan daun pandan disatukan dan dikukus hingga masak.
2. Kemudian dimampatkan ketika masih panas didalam loyang.



Bahan-bahan
ATAS

10 helai  Daun pandan dikisar dan ditapis ambil airnya
 (jika sukar mendapatkan daun pandan boleh digantikan dengan Pandan Paste)

150 ml       Santan pekat
200 ml       Air
90 g            Gula
2 biji          Telur
70 g            Tepung Gandum
3 tbsp         Tepung Ubi

1. Satukan semua bahan dan gaul mengunakan whisk jika suka boleh juga gunakan blender. 

Tapi jika guna blender tekstur sekaya nanti akan ada rongga2 udara. Dan bila dipotong akan kelihatan tidak menarik. Maka terpulang kepada anda semua mengikut kemudahan masing2. Cuna hanya mengunakan whisk tangan sahaja.

2. Apabila sudah sebati. Tapis adunan diatas pulut yang telah dimampatka tadi.

3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

4. Selepas dikeluarkan dari kukus anda akan lihat satu lapisan air diatas sekaya. Jangan panik, jangan lap, jangan gatal2 tangan usik atau buang air tersebut.
Nampakkan air yang bertakung tu...itu adalah air kukusan yang jatuh diatasnya sebab cuna tak tutup loyang dengan kain

Biarkan sahaja sehingga kuih tadi sejuk dan air yang terhasil tadi akan tersejat dengan sendirinya dan permukaan kuih akan menjadi licin.

Ingat pesanan Cuna jangan nak terlebih rajin sangat lap permukaan kuih tu lepas masak. Sebab jika anda lap atau keringkan air itu permukaan kuih akan berkawah2 atau jadi tidak rata.

INGAT jangan terlebih rajin 😊

5. Selepas disejukkan atau nak hasil potongan lebih licin sejukkan kuih selama semalaman. Kuih akan lebih mudah dipotong serta tidak melekat.

Selamat mencuba 😆


Comments

Popular posts from this blog

Ubi Getuk @ Ubi Ketuk

KEK KEJU LIMAU KASTURI

BANANA CAKE / KEK PISANG