Kek Coklat Moist - Kukus (Healthy Cake)
Semasa kelas berlangsung tempohari cuna ada la sediakan sedikit minum pagi dan petang berupa manisan seperti Talam Labu dan Coklat Moist Kukus yg resipinya cuna cipta khas utk harijadi adik beso kesayangan cuna tempohari.
Resipi itu tercipta adalah kerana adik beso cuna ni penghidap kencing manis. Sayang punya pasal cuna pon cipta resipi yang sedap, berkrim, gebu dan kurang manis untuk dia.Walaupun kek yang cuna buat tu cuna sendiri yang makan sebab cuna kat sarawak adik beso kat johor. Tapi sebagai tanda ingatan cuna tetap kirimkan gambar yang telah dideco sempena harijadi adik beso.
So arini cuna nak share resipi ni supaya mak dan ayah kita yang ada sakit yang memerlukan mereka mengurangkan kuantiti gula dalam makanan mereka dapat menikmati kek ini juga. Kek ini juga sangat mudah untuk disediakan. hanya memerlukan bahan-bahan yang sedia ada didapur kita.
Bahan-bahan
Bahan A (dimasak)
100g Serbuk Coklat
1 tin Susu Pekat
1 tin Air
200g Minyak (cornoil pon bleh tapi cuna gunakan mnyk masak biasa jer)
100g Gula (jika mahu tapi cuna tak guna pon sbb cuna mmg tak suka kek yg manis)
Bahan B
5 biji Telur (dipukul hingga kembang)
150g Tepung Gandum
1 tsp Baking Powder
1 tsp Soda Bikarbonate
Cara-cara :
1. Bahan A yang telah dimasak tadi disejukkan.
2 Bahan kering didalam bahan B di satukan dan diayak bersama.
3. Pukul telur hingga kembang masukkan bahan kering dan bahan A berselang seli hingga habis.
4. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam.
Senangkan caranya. Maaflah cuna tak ada kesempatan nak buat step by step bergambar. Kekangan waktu bekerja membataskan segala. Harap cuna dapat berhenti kerja dalam waktu terdekat ni untuk memberi tumpuan kepada kelas yang cuna wujudkan tu.
Sebab byk benda kat dalam kepala cuna ni. Tapi tak mampu nak direalisasikan sebab kekangan waktu. Semoga Allah permudahkan segala urusan cuna tu nanti. Amiiin
Selamat mencuba kepada sesiapa pon yang terbaca blog cuna ni. Inshaa allah cuna halalkan resipi diatas agar kita sama2 dapat keberkatan dari Allah s.w.t
p/s : Inshaa allah dalam masa terdekat ni cuna post resipi Talam Labu peberet cuna. Daaa.....
Comments
Post a Comment