Raya Haji dan Kek Karamel
Tinggal 3 hari lagi untuk sambut raya haji. Cuna masih lagi bekerja dan rumah. Tak usah cerita macam tongkang pecah. Tak berkemas sampai suami pon cakap tak payahlah sambut raya haji tahun ni. Kesian awak nak kemas. Memang tak sempat. Apa boleh buat da nasib cuna tahun 2016 ni.
Memang tak ada peluang langsung nak cantik-cantikkan rumah. Harap tahun 2017 menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Agaknya Allah da takdirkan cuna ni memang layaknya kerja sendiri. Supaya dapat atur masa dengan baik. Cuna yakin aturan Allah itu indah.
Sempena raya haji ni. Cuna nak share 1 resipi feveret suami. Juga feveret cuna seisi keluarga termasuk yang kat semenanjung juga. Anak-anak sedara cuna panggil kek ni kek telur. Kek telur pon kek telur la nak. Nama kek ni adalah Kek Karemal. Mungkin semua da tau buat. Tapi yang ini version cuna sendiri. Biasalah Kaki Inovasi kalau tak ubah resipi bagi senang buat tak payah sebut nama cuna. Hahahaha.....
Resipi ni cuna dapat masa ikot BAKAT dulu. Resipi kak kiah. Memang senang nak buat dan tak perlukan bahan yang banyak. Semuanya ada di dapur kita. Masa belajar dulu ada gak resipinya. Tapi manis kedarok boleh potong kaki. Pastu kaedah pembuatan menyusahkan hidup. Yang ini memang cuna wat jual. Kira salah 1 dari signature cuna la dulu. Dulu la....
![]() |
2 Sudu Gula Pasir yang ditabur didalam loyang, 5 6 percikkan air kemudian dilayur diatas api hingga menjadi keramel. Sejukkan. |
![]() |
5 biji Putih Telur dipukul hingga kembang. Masukkan Tepung, 1 tsp Cream of Tartar kaup balikkan hingga rata. Tuang kedalam loyang tadi. Bakar selama 1 jam pada suhu 160C |
![]() |
Tadaaa...da siap...da boleh makan...pastikan kek dikeluarkan ketika masih panas. Kalau tak dia akan melekat dan pecah atau merekah. |
P/s : Pandai suruh orang. Diri sendiri tak terbuat. Wuaaaaa
Cuna nak raya.....
Comments
Post a Comment