EGGTART (TART TELUR) semudah ABC

Eggtart atau lebih dikenali sebagai tart telur merupakan pencuci mulut yang amat terkenal dikalangan masyarakat Cina. Namun begitu ianya mula diminati oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia sekarang.



 Untuk makluman semua. Pembuatan tart ni mudah saja tapi bagi mereka yang tak berpengalaman dalam bidang pastry ni perlulah menjalani beberapa percubaan terlebih dahulu untuk dapat menghasilkan Eggtart seperti yang kita boleh beli di Bakeri dan Kedai Kek.

Even Cuna pun dulu perlu mencuba berkali-kali hinggalah Cuna berhasil memperolehi Eggtart seperti yang didalam gambar. Untuk Nana yang pm akk setiap kali nak buat Eggtart ni. Sila rujuk ya resipi ni. Dan tolonglah guna peralatan yang betul untuk menghasilkan Eggtart ni. Sila guna Tart mould seperti dibawah bagi menhasilkan Crust yang cantik, ranggup dan mabeles. :P

Jika tiada anda boleh gunakan aluminium mould yang ada dijual di kedai2 yang menjual bahan kek.


Bahan-bahan (Crust)

250 g    Tepung Gandum
15g       Susu Tepung
60g       Gula Kastor (Cuna guna 30g saja)
170g     Butter
40g       Telur
1/2 tsp   Vanila Esen

Satukan Butter, Gula dan Esen Vanila.

Pukul Butter, Gula dan Esen Vanila hingga sebati

Masukkan telur dan gaul rata.

Diikuti dengan tepung dan gaul hingga sebati.

Setelah siap di uli, wrap dan rehatkan didalam peti sejuk
sekurang-kurangnya 1/2 jam sebelum digunakan


Tekan didalam acuan tart dan susun didalam tray.
Jarakkan supaya ianya kan masak dengan sekata.


Bahan-bahan (Filling)
340ml   Air
(jika tak nak guna air pun boleh guna sepenuhnya susu segar @ susu cair)
120g     Gula Kastor (saya guna 60g saja sbb saya tak berapa suka manis)
4 bj       Telur (dipukul)
50ml     Susu Cair

Satukan semua bahan dan kacau rata hingga gula larut.
Tapis sebelum digunakan.


Tuang adunan tadi kedalam crust.

Bakar pada suhu 150C selama 20-30 minit.
Oven Cuna ambil masa 28 mnt api bawah dan 2 mnt api atas bawah.

Seperti biasa suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan. Sebab tu Cuna selalu ingatkan supaya cuba dahulu sehingga kita akan dapat hasil yang kita mahukan. So jika hasil Eggtart kita tidak memberangsangkan macam yang kita mahukan. Jangan putus asa. Cuba lagi hingga berjaya.

So dengan itu Cuna akhiri dengan ucapan Selamat Berjaya. Dan jangan mengamuk jika hasilnya tak serupa yang Cuna buat. Hahaha....almaklumlah AIRTANGAN mssing-masing. Mesti tak samakan. Daaaa......





Comments

Popular posts from this blog

Ubi Getuk @ Ubi Ketuk

KEK KEJU LIMAU KASTURI

BANANA CAKE / KEK PISANG