Kelas Hiasan Kek

Assalamualaikum guys

Lama betul Cuna tak mengetuk keypad lappy ni. Da naik berabuk da.  Malahan laman sesawang Cuna ni pun da bersawang-sawang tak terkemas. Apa boleh buat bila kesibukkan diri mula menghambat diri setelah hampir 2 bulan berehat tahun lepas. Yelah, siapa sangka rezeki Allah nak bagikan. Jadi sebagai insan biasa Cuna bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah.

Kelas Hiasan Kek Cuna pun dah mula aktif balik meskipun sekarang Cuna sudah berpindah ke tempat yang baru. Walaupun tempat tersebut lebih kecil tapi Cuna rasa lebih selesa mengajar disini. Tambah-tambah lagi bila tak terikat dengan mana-mana agensi atau orang perseorangan.

Januari 2017
Kelas Non Baked Cheesecake







Februari 2017 
Kelas Hiasan Kek -Buttercream






Mac 2017




Ini antara gambar-gambar dan kelas yang telah berlangsung setakat minggu lepas. Ada banyak lagi gambar tapi bagi menghormati privacy student Cuna yang tak mahu gambar mereka di share so Cuna hanya masukkan gambar-gambar produk sahaja bagi mewakili kelas yang telah berlangsung.

Sekarang Cuna dalam perancangan untuk mengadakan Kelas Hiasan Kek - Fondant. Alhamdulillah, E-Flyer baru jer siap seminit yang lalu. Hahahaha....sambil berbelog Cuna sempat la edit itu ini bagi kemas sikit. Rasanya jika tak ada aral merintang. Esok cuna akan poskan di wall FB. Tarikh pon da tetapkan so harap yang berkelapangan dan asyik sangat bertanya bila nak memondan. Boleh luangkan masa anda.

Cuna pon da lama tak memondan. Tangan pon da rasa gatal-gatal sambil boleh improvekan lagi skill memondan Cuna. Ok guys. Cuna nak edit Sijil pulak da lama sangat perap sijil. Mesti semua tertunggu sijil mereka.

Rasanya setakat ini pos Cuna untuk kali ini. Bagi yang berminat nak tambah ilmu dan share apa yang patut. Boleh join kelas-kelas Cuna ok. 

Daaaaaa.......





Comments

Popular posts from this blog

Ubi Getuk @ Ubi Ketuk

KEK KEJU LIMAU KASTURI

BANANA CAKE / KEK PISANG