KEK MINYAK - RESIPI
![]() |
Kek Minyak |
Sejak 2 menjak ni. Cuna malas betul nak berbelog. Sebab bila nak update kena buka lappy. Rasa berkaraaaaaat tulang temulang Cuna ni nak tarik lappy dan tekan button power on kan dia. Hehehe...terukkan
Tapi tetiba arini masa bangun pagi tadi. Tetiba rasa macam telah diserap oleh semangat Power Rangers kaler PINK. Ngeh...ngeh..ngeh...sebab pe tau. Bangun jer pagi tadi Cuna p pos sijil-sijil yang terperap kat atas meja belajar Cuna. Balik jer terus rearrange furnite kat hall. Dan yang paling dasat tu. Cuna bakar kek la. Bakar kek untuk makan sendiri petang ni. Hahahaha.....pecah rekod sendiri untuk tahun 2017 bila bakar kek untuk makan sendiri. Sebab kalau bakar kek selalunya mesti untuk orang oder.
Dan yang paling tak boleh blah tu. Cuna siap masukkan resipi dalam blog. Ish...ish...ish...betul ker Cuna ni. Atau Cuna mengalami kesurupan dari entiti luar. Hurm..... :P
Ok la untuk korang yang klik link ni kat ig n fb Cuna mesti da menyampah baca Cuna merepekkan. So resipi yang korang nak tu ada kat bawah ni. So enjoy la menery kek ni. Cuna tertarik nak try kek ni sebab dia x guna bahan yang banyak. Dan tak perlu menyusahkan hidup sangat serta kebetulan semua bahan ada kat dapur.
Bahan-bahan
5 biji Telur
1/2 cwn Gula Kastor
1 tbsp Ovelatte
1/2 cwn Susu Pekat
2 cwn Tepung Gandum
1 tsp Baking Powder
1 cwn Minyak
1 cwn Minyak
![]() |
Pukul hingga kembang. |
![]() |
Kembang dan ringan macam ni. |
![]() |
Masukkan susu, tepung dan baking powder. Gaul rata. |
kemudian bakar selama 30-40 minit pada suhu 150-160C. Bergantung kepada oven yang digunakan. Gambar masa dalam loyang dan oven ketika dibakar lupa nak ambil. So yang ada Cuma hasil selepas dibakar.
![]() |
Tadaaaa..... |
Rasa kek minyak ni sama macam kek Butter tapi kurang sedikit rasa muaknya. Sebab dia cuma mengunakan minyak sahaja. Tektur dia lebih halus dan padat dan sedikit berat jika dibandingkan dengan kek telur di Sarawak.
Untuk mereka yang tak gemar rasa manis kek. Boleh cuba resipi ni sebab rasanya kurang manis. Untuk kek kali ni Cuna letak perisa pandan dan bakar dia mengunakan teknik kek marble. tu yang jadi belang-belang macam gambar. Tapi ini semua ikut kreativiti masing-masing. Boleh olah rasa dan cara ikut kreativiti.
That's the beauty of baking. Hanya Baker saja yang faham. kan...kan...kan.... So selamat mencuba ya kepada yang teringin nak mencuba tu. Daaaa.....
Comments
Post a Comment