BUTTERCREAM
Ramai yang meminta saya berkongsi resipi Buttercream yang boleh diguna pakai dan sah jadi (itu kata2 mereka ya bukan saya)......untuk melepa kek.
Jadi hari ini saya kongsikan resipi yang saya pelajari semasa saya berada di Kolej Komuniti dahulu. Resipi ini kami gunakan sepanjang pembelajaran kami disana.
Bahan-bahan yang digunakan tidak banyak dan cara penyediaannya juga ringkas. Semoga resipi ini dapat digunakan untuk mereka yang masih tercari-cari Buttercream yang jadi dibuat serta boleh digunakan ya.
BAHAN
250g Mentega
250g Krimwell
250g Gula Aising (diayak 3x)
Cara :
1. Satukan mentega dan krimwell kemudian dipukul mengunakan mesin pemutar pada kelajuan sederhana.
2. Kemudian rendahkan kelajuan mesin pemutar dan masukkan gula aising perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
3. Adunan tadi boleh digunakan terus untuk melepa kek.
* Sesuai digunakan untuk melepa kek, daun dan piping.
* Lebihan buttercream yang tidak habis digunakan boleh disimpan didalam bekas edap udara dan disimpan didalam peti sejuk bawah. Apabila ingin digunakan hanya perlu nyahbeku sehingga adunan tersebut lembut dan putar seketika mengunakan spatula bagi menghilangkan rongga udara yang terhasil.
Comments
Post a Comment