RAINBOW CAKE SENANG DAN MUDAH



Tidak semua kek yang ada sukar untuk disediakan. Sebagai contoh Rainbow Cake ini. Jika melihat pada rupa, warna dan lapisan yang banyak. Pasti ramai yang teragak-agak untuk cuba menyediakannya.

Untuk pengetahuan semua, bahan dan cara penyediaan kek ini serupa macam kita buat kek span. Cuma ada sedikit tambahan bahan serta warna yang banyak mengikut warna pelangi. Itu sahaja. So untuk sesiapa yang teringin nak mencuba serta mencabar sedikit tahap kerajinan tu bolehlah cuba resipi Cuna dibawah tu ya. 

Bahan-bahan:

Bahan A
200gm    Tepung Gandum
50gm      Tepung Jagung
10gm      Baking Powder

Satukan dan ayak bahan tadi.

Bahan B
9 biji      Telur Gred B
250gm   Gula Kastor
13gm     Ovallate

Pukul hingga kembang dan gebu.

Bahan C
15gm     Mentega Cair        

Bahan D
Pewarna Merah, Biru, Hijau, Kuning, Oren & Ungu

Untuk Hiasan
500g      Whipping Cream

Cara-cara :

1. Masukkan Bahan A kedalam Bahan B dan gaul rata.
2. Kemudian masukan Bahan C ssambil dikaup balik hingga habis.
3. Bahagi adunan kepada 6 bahagian dan warnakan.
4. Bakar setiap adunan tadi didalam loyang 8 inchi selama 6-10 minit pada suhu 150C @ mengikut oven masing.
5. Bakar secara berasingan ya dan disejukkan sebelum dihias mengunakan Whipping Cream.

Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Ubi Getuk @ Ubi Ketuk

KEK KEJU LIMAU KASTURI

BANANA CAKE / KEK PISANG