CHOCOLATE GANACHE
Bagi yang masih tercari-cari resipi Chocolate Ganache di sini saya kongsikan resipinya ya. Tapi sebelum saya berikan resipi telebih dahulu anda perlu tahu bahawa Chocolate Ganache terbahagi 3 jenis.
- Glazing (digunakan untuk melepa kek)
- Piping (digunakan secara piping)
- Chocolate Mould (digunakan untuk membuat bunga @ Figurine dll)
Cara penyediaannya juga mudah. Mengikut nisbah Chocolate : Whipping Cream
- Glazing : 1 : 1
- Piping : 2 : 1
- Chocolate Mould : 3 : 1
100 g Coklat Masakan (didadu kecil)
100 g Whipping Cream
1 tsp Mentega (untuk mengilatkan adunan)
Chocolate Ganache (Piping)
340 g Coklat Masakan
140 g Whipping Cream
15 g Mentega
1. Panaskan krim mengunakan kaedah Double Boiled.
2. Kemudian tuangkan keatas coklat masakan tadi dan gaul rata mengunakan spatula.
3. Apabila coklat cair, masukan mentega tadi dan gaul hingga serata.
* Pastikan adunan tidak dipanaskan secara keterlaluan sehingga menyebabkan whipping Cream rosak (mengeluarkan minyak dan menyebabkan coklat dan cream tidak sebati)
Comments
Post a Comment