Posts

Showing posts from 2018

SPONGE CAKE

Image
Seringkali saya diajukan dengan pertanyaan. Ada tak resipi kek yang senang dibuat dan tak banyak mengunakan bahan. Bila soalan ini timbul, segera terlintas difikiran. KEK SPAN @ SPONGE CAKE. Kek ini merupakan kek pertama yang saya pelajari ketika berusia 9 tahun. Dan sudah pasti cikgunya adalah arwah emak saya. Katanya, kek ini senang sangat sambil pejam mata pun bleh buat. 😂 itu kata arwah mak la. Tapi bila da dewasa ni saya akui memang benar katanya. Kek paling mudah serba serbi. Resipi dibawah adalah resipi asas. Untuk perisa hanya perlu tambahkan pes perasa dan pewarna. Senangkan....so apa tunggu lagi. Sila kedapur dan mula menimbang bahan-bahan semua. Selamat mencuba. Bahan 100g    Tepung Gandum 100g    Gula Kastor 1 tsp    Baking Powder 25g       Ovellate 4biji    Telur 35 ml   Air Sedikit Perasa Vanila 35g       Butter Cair Cara 1. Satukan semua bahan kecua...

POPIA SEAWEED

Image
Hai semua Lama tak bersiarankan. Hari ni Cuna nak kongsikan resipi Popia Seaweed. Popia yang paling senang, mudah untuk disediakan dan sedap serta ranggup untuk dimakan. Selain dari itu, popia ni baik untuk dijadikan snek kesihatan disebabkan kandungan seaweednya. Tapi bagi yang alergik macam Cuna cuba elakkan ya. Nanti ada pula yang dok mengaru. Hahaha 😂 Apa pun selamat mencuba ya. Bahan-bahan Kulit Popia Seaweed 1 biji Putih Telur Secubit Garam Cara membuat 1. Pukul telur dan garam hingga sebati. 2. Sapukan telur diatas kulit popia. 3. Layerkan seaweed diatas kulit popia dan sapukan telur diatas seaweed. 4. Layerkan lagi ulit popia. 5. Potong mengikut kreativiti (petak, bulat, 3segi, bintang atau gulung) 6. Goreng hingga kekuningan. 7. Sejukkan sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

SANDWICH CUSTARD COOKIES

Image
Bahan-bahan 1 cawan        Butter 1 cawan        Gula Kastor 1 cawan         Tepung Kastard 1/2  cawan    Tepung Jagung 2 cawan        Tepung Gandum Cara-cara 1. Pukul butter dan gula hingga kembang. 2. Masukkan telur dan gaul sebati. 3. Masukkan bahan kering dan gaul rata hingga menjadi doh. 4. Canai, terap dan susun diatas tray pembakar, 5. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.

CORNFLAKES MADU

Image
Bahan-bahan 2 cawan Cornflakes 2 cawan Madu 2 sudu    Butter Cara-cara 1. Panaskan madu dan butter hingga berbuih. 2. Masukkan cornflakes dan gaul rata hingga kering. 3. Sudukan kedalam papercup, susun didalam tray. 4. Bakar selama 5- 10 minit. Pasti ada yang tertanya2 kenapa perlu dibakar. Cuna bakar supaya cornflakes lebih ranggup serta berbau harum madu. Tak percaya cuba buat. Inshaa Allah tak hampa.

BISKUT NESTUM

Image
Bahan- bahannya 250 gm mentega 120 gm gula aising 250 gm tepung gandum  130 gm tepung jagung 60 gm serbuk badam 40 gm nestum - dikisar 1 biji kuning telur Hiasan Nestum - secukupnya untuk hiasan 1 biji kuning telur - untuk hiasan Cara-cara 1. Pukul mentega dan gula hingga sebati. 2. Masukkan telur gaul lagi. 3. Masukkan semua bahan kering dan gaul rata. 4. Rehatkan doh seketika sebelum diterap mengikut kreativiti masing. 5. Susun diatas loyang penbakar dan sapukan telur kuning dan ditabur nestum dipermukaannya. 6. Bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit atau mengikut oven masing2. 7.Sejukkan sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

TALAM SUJI

Image
Assalamualaikum dan Salam Ramadan Seperti dijanjikan hari ini Cuna ingin kongsikan resipi Talam Suji kegemaran Cuna. Resipi ini seperti biasa mengunakan acuan bersaiz 7 inchi dan boleh dihidangkan untuk 4 - 6 porsi. Bahan Bawah Bahan A 100 ml   Santan 125 ml   Air 100 g      Gula Pasir 1 biji      Telur Sedikit pewarna kuning telur Satukan semua bahan, gaul hingga gula hancur dan tapis. Bahan B 100 g        Tepung Suji @ semolina 150 ml      Air 1. Rendam bahan B selama 30 minit. 2. Satukan bahan A dan B dan masak diatas api sederhana sehingga adunan pekat dan kental. 3. Masukkan kedalam acuan dan ratakan. 4. Kukus selama 25 minit. Bahan Atas Bahan A 150 g       Gula Melaka 25 g         Gula Pasir 125 ml    Air Masak hingga gula hancur. Tapis dan sejukkan. Bahan B 75 g          ...

KUIH LAPIS

Image
Assalamualaikum dan Salam Ramadan Hari ni hari ke 4 kita berpuasa. Seperti yang Cuna janjikan pada entri yang lepas dan Inshaa Allah Cuna akan cuba untuk share setiap kuih tradisional yang disediakan sepanjang bulan Ramadan ini dengan semua. Hari ni tekak terasa nak makan Kuih Lapis. Kuih yang paling banyak dijual di gerai2 sarapan pagi atau dimana2 bazar Ramadan. Satu yang membezakan Kuih Lapis yang dijual adalah Kuih Lapis kita ada perasa dan berbau Ros. Yang dijual kira bernasib baiklah kuih tu dapat dimakan. Kadang2 keras, kadang2 lembik atau kalau tak bernasib baik kuih langsung tak ada rasa apa2.  Kejadian ini memang selalu Cuna alami yang menyebabkan Cuna give up nak pergi bazar Ramadan. So, hari ni Cuna kongsikan resipinya yang Cuna dapatkan diblog yang telah diubah suai bagi memudahkan penyediaannya. Dan telah Cuna cuba dan menjadi dengan jayanya. So, tak perlu risau kalau2 tak menjadi 😊. Selamat mencuba. Bahan-bahan 2 cawan     Tepun...

SERI MUKA

Image
Salam Ramadan al Mubaraq buat semua. Sempena bulan Ramadan yang mulia ni mesti ramai yang rajin ke dapur untuk menyediakan hidangan kegemaran sendiri mahu pun keluarga. Yang pasti kuih muih pasti akan jadi salah satu hidangan pentingkan. Bagi Cuna & keluarga lebih memilih kuih muih tempatan yang berkukus. Sudah menjadi satu kemestian bagi Cuna untuk menyediakan sendiri sebab suami agak cerewet dan agak sukar untuk mencari bazar2 Ramadan yang menjual kuih talam yang dapat memenuhi kehendak kami. Maka dengan itu sebagai jalan penyelesaian, Cuna akan buat talam setiap 2 hari sekali sepanjang Ramadan. Untuk hari kedua Ramadan kali ini. Cuna menyediakan Talam Seri Muka atau disesetengah tempat memanggilnya Pulut Sekaya. Seperti biasa Cuna kongsikan resipi Cuna kepada semua. Untuk makluman semua resipi Cuna sepanjang bulan puasa ini dalam kuantiti yang kecil sahaja. ini disebabkan Cuna ingin mengelakkan pembaziran serta mempercepatkan lagi penyediaannya. Setiap hid...

BROWNIES KEDUT

Image
aka Chewy Gooey Yummy Brownies Macamana nama dia macam tu la rasa dia. Banyak orang yang kurang pasti macamana rasa sebenar Brownies. Untuk pengetahuan semua Brownies terbahagi kepada 2 kategori. Satu tekstur seperti kek dan satu seperti biskut. Yang seperti kek rasanya lebih spongy dan moist. Bagi yang da cuba resipi Moist Chocolate Brownies Cuna mesti faham perbezaannya. Sementara yang seakan biskut ni rasanya lebih liat tapi tak adalah liat macam gula tarik. Dia liat2 gitu jer. Kalau tanya mana satu legemaran Cuna? Tak ada jawapan untuk soalan tu sebab dua2 ada rasa tersendiri. So....Cuna harap semua akan cuba kedua2 resipi yang ada didalam blog ni untuk rasa perbezaannya sendiri. Selamat mencuba Brownies Kedut Bahan A 400g     Coklat Masakan 150g     Butter Dadukan coklat dan satukan dengan butter dan Double Boiler. Ketepikan. Bahan B 4 biji    Telur 100g     Gula Perang 100g     Gu...

CHOCOLATE GANACHE

Image
Bagi yang masih tercari-cari resipi Chocolate Ganache di sini saya kongsikan resipinya ya. Tapi sebelum saya berikan resipi telebih dahulu anda perlu tahu bahawa Chocolate Ganache terbahagi 3 jenis.     - Glazing (digunakan untuk melepa kek)     - Piping (digunakan secara piping)     - Chocolate Mould (digunakan untuk membuat bunga @ Figurine dll) Cara penyediaannya juga mudah. Mengikut nisbah  Chocolate : Whipping Cream     - Glazing                : 1 : 1     - Piping                  : 2 : 1     - Chocolate Mould : 3 : 1 Chocolate Ganache (Glazing) 100 g    Coklat Masakan (didadu kecil) 100 g    Whipping Cream 1 tsp     Mentega (untuk mengilatkan adunan) Chocolate Ganache (Piping) 340 g    Coklat Masakan 140 g    Whipping Cream 15...

BUTTERCREAM

Image
Ramai yang meminta saya berkongsi resipi Buttercream yang boleh diguna pakai dan sah jadi (itu kata2 mereka ya bukan saya)......untuk melepa kek. Jadi hari ini saya kongsikan resipi yang saya pelajari semasa saya berada di Kolej Komuniti dahulu. Resipi ini kami gunakan sepanjang pembelajaran kami disana. Bahan-bahan yang digunakan tidak banyak dan cara penyediaannya juga ringkas. Semoga resipi ini dapat digunakan untuk mereka yang masih tercari-cari Buttercream yang jadi dibuat serta boleh digunakan ya. BAHAN 250g    Mentega 250g     Krimwell 250g    Gula Aising (diayak 3x) Cara : 1. Satukan mentega dan krimwell kemudian dipukul mengunakan mesin pemutar pada kelajuan sederhana. 2. Kemudian rendahkan kelajuan mesin pemutar dan masukkan gula aising perlahan-lahan sehingga adunan sebati. 3. Adunan tadi boleh digunakan terus untuk melepa kek. * Sesuai digunakan untuk melepa kek, daun dan piping. * Lebihan buttercream yan...

RAINBOW CAKE SENANG DAN MUDAH

Image
Tidak semua kek yang ada sukar untuk disediakan. Sebagai contoh Rainbow Cake ini. Jika melihat pada rupa, warna dan lapisan yang banyak. Pasti ramai yang teragak-agak untuk cuba menyediakannya. Untuk pengetahuan semua, bahan dan cara penyediaan kek ini serupa macam kita buat kek span. Cuma ada sedikit tambahan bahan serta warna yang banyak mengikut warna pelangi. Itu sahaja. So untuk sesiapa yang teringin nak mencuba serta mencabar sedikit tahap kerajinan tu bolehlah cuba resipi Cuna dibawah tu ya.  Bahan-bahan: Bahan A 200gm    Tepung Gandum 50gm      Tepung Jagung 10gm      Baking Powder Satukan dan ayak bahan tadi. Bahan B 9 biji      Telur Gred B 250gm   Gula Kastor 13gm     Ovallate Pukul hingga kembang dan gebu. Bahan C 15gm     Mentega Cair         Bahan D Pewarna Merah, Biru, Hijau, Kuning, Oren & Un...

Nak ROTI yang lembut, gebu dan sedap macam yang dijual dekat Bakery. Ini rahsianya

Image
Untuk mendapatkan roti yang sedap dan hasil seperti yang dibeli di Bakery anda hanya perlu tahu apakah bahan yang betul untuk digunakan. Pertama tiada kompromi apabila mengunakan tepung. Gunakan Tepung roti atau nama lainnya Tepung High Protein bagi memastikan keberhasilannya. Harganya memang lebih mahal tapi yang mana satu anda inginkan. Hasil yang baik atau berjimat tapi roti yang anda buat tak habis dimakan. Kedua gunakan Bread Improver bagi memastikan doh kita cepat mengembang dan lebih stabil. Dalam erti kata lain doh kita tak penyek selepas siap dibakar.  Ramai orang mengelak mengunakan bahan ini tapi pada saya ianya tidak menyebabkan sebarang keburukkan pada kesihatan jadi tak salahkan jika kita gunakannya. Serta ia juga menghasilkan rasa roti yang lebih sedap.  SWEET BUN Bahan  A 3kg         Tepung Roti 360g       Gula Kastor 36g     ...

MOIST CHOCOLATE BROWNIES

Image
MOIST CHOCOLATE BROWNIES. Resipi sedap, mudah dan ringkas. MOIST CHOCOLATE BROWNIES Bahan  A 1 ½ cup                 Tepung Gandum ¼ cup                    Serbuk Koko 1 tsp                      Serbuk Penaik 1 tsp                      Serbuk Soda 1. Satukan semua bahan dan ayak sehingga semua bahan kering sebati. Bahan B ½ cup                    Walnut dicincang Bahan C  (dicairkan) 125g                 ...

RED VELVET CAKE

Image
BUTTERMILK tiada. Tak boleh buat Kek Red Velvet. Macamana ni? Ini Jawapannya Bahan apa yang sesuai digunakan sebagai penganti ButterMilk RED VELVET CAKE Bahan  A 250g       Tepung Gandum 1 tsp      Soda Bikarbonat 1 tsp      Serbuk Penaik 3 tbsp    Serbuk Koko 1. Satukan semua bahan dan ayak sehingga semua bahan kering sebati. Bahan  B (ButterMilk) 1 cawan                Susu UHT 3 tbsp                    Cuka 2. Satukan susu dan gaul rata. Biarkan sehingga menjadi berketul-ketul (keddle). Bahan C 2 biji                      Telur 300g       ...

Homemade Fondant

Image
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak buat Fondant sendiri dirumahkan? Disini Cuna kongsikan resipinya. Bahan serta cara membuatnya juga ringkas. Semudah ABC. Fondant yang telah diwarnakan.  Untuk resipi ini kita memerlukan Heavy Duty Mixer sebab potion dia besar. Tapi jika tak ada just bahagi resipi kepada 4 bahagian dan bolehlah gunakan home mixer. Nak guna tangan pon boleh. Bahan-bahan 1000 g    Gula Aising (diayak 3x)     15 g    Gelatin     60 g    Air   100 g    Gula Glukos   100 g    Shortening     25 g    Gliserin Cara membuat : 1. Rendam gelatin didalam air hingga kembang. 2. Kemudian masukkan kedalam mangkuk dan double boiled hingga aduna td menjadi cair dan jernih. 3. Apabila cair, masukkan gula glukos dan gliserin, kacau rata. 4. Kemudian masukkan shortening hingga cair. 5. Adun gula aising didalam mixer dan tuang adunan tadi sediki...