Posts

Showing posts from 2017

KEK KEJU LIMAU KASTURI

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua yang sedang tidur dengan lena. Sekarang pukul 3.59am. Cuna tak dapat tidur maka dengan tahap kerajinan yang berlebihan. Maka terupload la resepi special Cuna ni. Resipi ni terhasil kerana kefrustan Cuna mencuba 4 resipi kek keju yang ada dalam FB. Dan hasilnya amatlah menyedihkan. Percubaan pertama Cuna, kek naik tapi tak cukup kembang. Percubaan kedua, kek naik tapi tak gebu gebas macam dalam gambar yang disertakan dalam resipi tu. Percubaan ketiga, amat memilukan. Kek Cuna BANTAT leeeeer. Ya Rabbi, punya la mencabar kesabaran Cuna. Percubaan keempat, tak adanya Cuna nak cuba lagi resipi dalam FB tu. Semuanya indah gambar dari kenyataan. Percubaan keempat Cuna terus inovasikan resipi kek span masa belajar kat kolej dulu. Sambil Cuna adjust air ditukar kepada susu dan ditambah keju serta limau kasturi untuk bagi rasa keju dan esotik melayu. Hahaha....nampak tak permainan dia. Omputeh pakai lemon, kita kat malaysia ni bers...

Blueberry Cheese Cake

Image
Hi semua Lama betul x updatekan. Kebetulan hari ni Cuna ada buat kek dan sempat ambil gambar sebelum kek ni lesap tanpa tanda kewujudannya aka MIA. So Cuna ambil sikit masa up resipi ni. Ramai yg tanya dan merungut cakap buat Cheese Cake susah. Susah sebenarnya bila kita sediakan alasan M.A.L.A.S terlebih dahulu daripada mencuba hingga jadi. Cuna tak kata sape2 tau. Cuna bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. Hahahaha..... ok malas nak bebel lama2. Kat bawah ni Cuna bagi resipinya. Selamat mencuba. Kalau tak jadi jangan marah resipi tapi cuba lagi hingga menjadi ok. 😉 Bahan-bahan BASE Kek span yang dipotong 1 inci sebagai Base. ( Cuna rekemen kek span vanila sebab dia plain dan tak akan ganggu rasa cheese cake tu nanti. Tapi terpulang la pada semua nak gunakan perisa apa ok) CHEESE CAKE A 250g Cream Cheese 50g Gula Kastor B 200g Whipping Cream 1 tsp Gelitin (dilarut dlm air dan dicairkan) 1. Pukul bahan A  hingga lembut dan sebati. 2. Bahan B dipuku...

Ubi Getuk @ Ubi Ketuk

Image
Hai semua Hari ni Cuna nak share resipi Ubi Getuk atau nama lainnya Ubi Ketuk. Bagi Cuna yang berasal daru selatan tanahair itu adalah nama yang paling comman bagi kami. Mungkin namanya berlain jika dibahagian utara. Bahan utama bagi resipi ni dah tentu tentu la ubi kan. Hehehe.... macam biasalahkan, Cuna akan pos resipi jika tekak ni terasa nak makan sesuatu. Dan ikutkan da agak lama Cuna teringin nak makan ubi getuk ni. Cuma tak jumpa bahan utama. Kebetulan suami beli ubi so Cuna pun rajinkan sikit tulang temulang ni membuatnya. Itupun selepas suami da siap rebus dan lenyek ubi ni. Hahaha...nampak tak betapa malasnya Cuna ni. 😜 Oklah. Kat bawah ni Cuna ada bagi resipi. So don worry sebab nak buat dia tersangatlah senang. Bulan Ramadan pun da semakin hampir. Bolehlah cuba buat menu berbuka puasa sendiri. Almaklumlah. Kuih kat bazar ramadan ni kadang2 mendukacitakan. Indah rupa dari rasa. So apakata tahun ni kita berjimat dan bagi anak2 dan suami merasa airtangan kita. Dan...

CARROT CAKE

Image
Hai semua Kali ni Cuna nak share resipi Carrot Cake kegemaran Cuna. Cuna suka makan kek ni bersama dengan Cheese topping. Almaklum la Cuna ni hantu cheese. Pada yang tak gemarkan cheese boleh topping kek ni mengunakan whipping cream. Tapi jujur Cuna cakap. Carrot Cake ni takkan lengkap rasanya jika tak menggunakan cheese topping. Rasa dia urmmm....urmmmmm.......HEAVEN.  Tapi apa nak buatkan kalau ada yang tak suka cheese. Selera masing-masing. Iyorkan jor la 😅😅 So untuk yang da tak sabar tu. Resipi dia ada kat bawah nuhah. Cuna harap korang semua cuba tau. Sebab kek ni senang nak buat walaupun terasa macam banyak sangat barang nak guna. Tapi jangan bimbang sebab kebanyakan bahan semua mesti ada kat dapur. Selamat mencuba guysssss....... Carrot Cake 1 1/2  cawan Gula 1  cawan  Minyak Masak 3 biji          Telur 2 cawan    Tepung Gandum 2 tsp          Cinnamon Powder 1 tsp     ...

BANANA CAKE / KEK PISANG

Image
Picaaaaaaaaaaaaaang........ Huhu...panjangkan picang tu. Bukan apa da lama tak buat Kek Pisang tu yang picaaaang kejap. Hahahaha...hah...hah...jangan nak pikir yang bukan-bukan heh. Cuna citer pasal buah pisang. untuk makluman semua. Cuna ni dari kecik sampailah ketua ni tak penah kenal jenis-jenis pisang. Yang Cuna kenal cumalah pisang emas dan pisang tanduk. Itu pun sebab kedua-dua jenis tu merupakan pisang yang paling Cuna suka dan tak suka makan. Cuna paling suka pisang emas tapi Cuna panggil pisang tu pisang monyet sebab masa Cuna kecik dulu jiran belakang rumah Cuna bagi pisang tu untuk monyet dia. So sejak hari Cuna panggil pisang tu pisang monyet. Ait...ait....Cuna bukan monyet ok. Walaupun makanan kegemaran kami serupa tapi kami tak sama. Huh....tolong nyahkan pemikiran serong anda semua. Sementara Pisang Tanduk pulak bukan feberet Cuna sebabnya Cuna tak berapa suka rasa dia.  Untuk resipi Cuna kali ni. Cuna gunakan Pisang Rastali. Oooo...macamana Cuna ...

YAM SPONGE CAKE

Image
Hi! semua.... Hari ni Cuna nak share salah satu kek yang paling Cuna suka. Iaitu Kek Span. Cuna adalah pengemar tegar kek span. Ingat lagi masa zaman kolej dulu. Masa dalam sem pembuatan kek. Bila masa belajar kek span tiap-tiap hari kena bakar kek. Dari perisa vanila hingga la kepada perisa coklat, pandan, strawberry dan macam-macam lagi. Dan Cuna adalah orang yang paling tak sabar nak jumpa lecturer untuk dinilai supaya Cuna dapat baham kek yang Cuna buat pada hari presentation tu. Hahahaha....memang tak semengah betul perangai masa tu. Dan Cuna tak kesah pun pasal perisa. As long as kek tu nama dia kek span. Pasti akan berakhir dalam perut Cuna. So kebetulan hari ni Cuna ada bakar kek span so Cuna rajin-rajinkan lah tangan Cuna untuk menaip lappy. Oh....lupa pulak nak bagitau kat semua. Kek span yang cuna makan selalunya Cuna celup dalam air kopi. Heheheh.....RARE tak.  Sedap ooooo....tak percaya try la sendiri. Sekali buat mesti nak lagi. HEAVEN tau. Ok la. M...

EGGTART (TART TELUR) semudah ABC

Image
Eggtart atau lebih dikenali sebagai tart telur merupakan pencuci mulut yang amat terkenal dikalangan masyarakat Cina. Namun begitu ianya mula diminati oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia sekarang.  Untuk makluman semua. Pembuatan tart ni mudah saja tapi bagi mereka yang tak berpengalaman dalam bidang pastry ni perlulah menjalani beberapa percubaan terlebih dahulu untuk dapat menghasilkan Eggtart seperti yang kita boleh beli di Bakeri dan Kedai Kek. Even Cuna pun dulu perlu mencuba berkali-kali hinggalah Cuna berhasil memperolehi Eggtart seperti yang didalam gambar. Untuk Nana yang pm akk setiap kali nak buat Eggtart ni. Sila rujuk ya resipi ni. Dan tolonglah guna peralatan yang betul untuk menghasilkan Eggtart ni. Sila guna Tart mould seperti dibawah bagi menhasilkan Crust yang cantik, ranggup dan mabeles. :P Jika tiada anda boleh gunakan aluminium mould yang ada dijual di kedai2 yang menjual bahan kek. Bahan-bahan (Crust) 250 g    Tepun...

KEK MINYAK - RESIPI

Image
Kek Minyak Sejak 2 menjak ni. Cuna malas betul nak berbelog. Sebab bila nak update kena buka lappy. Rasa berkaraaaaaat tulang temulang Cuna ni nak tarik lappy dan tekan button power on kan dia. Hehehe...terukkan  Tapi tetiba arini masa bangun pagi tadi. Tetiba rasa macam telah diserap oleh semangat Power Rangers kaler PINK. Ngeh...ngeh..ngeh...sebab pe tau. Bangun jer pagi tadi Cuna p pos sijil-sijil yang terperap kat atas meja belajar Cuna. Balik jer terus rearrange furnite kat hall. Dan yang paling dasat tu. Cuna bakar kek la. Bakar kek untuk makan sendiri petang ni. Hahahaha.....pecah rekod sendiri untuk tahun 2017 bila bakar kek untuk makan sendiri. Sebab kalau bakar kek selalunya mesti untuk orang oder. Dan yang paling tak boleh blah tu. Cuna siap masukkan resipi dalam blog. Ish...ish...ish...betul ker Cuna ni. Atau Cuna mengalami kesurupan dari entiti luar. Hurm..... :P Ok la untuk korang yang klik link ni kat ig n fb Cuna mesti da menyampah baca Cuna merep...

Kelas Hiasan Kek

Image
Assalamualaikum guys Lama betul Cuna tak mengetuk keypad lappy ni. Da naik berabuk da.  Malahan laman sesawang Cuna ni pun da bersawang-sawang tak terkemas. Apa boleh buat bila kesibukkan diri mula menghambat diri setelah hampir 2 bulan berehat tahun lepas. Yelah, siapa sangka rezeki Allah nak bagikan. Jadi sebagai insan biasa Cuna bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Kelas Hiasan Kek Cuna pun dah mula aktif balik meskipun sekarang Cuna sudah berpindah ke tempat yang baru. Walaupun tempat tersebut lebih kecil tapi Cuna rasa lebih selesa mengajar disini. Tambah-tambah lagi bila tak terikat dengan mana-mana agensi atau orang perseorangan. Januari 2017 Kelas Non Baked Cheesecake Februari 2017  Kelas Hiasan Kek -Buttercream Mac 2017 Ini antara gambar-gambar dan kelas yang telah berlangsung setakat minggu lepas. Ada banyak lagi gambar tapi bagi menghormati privacy student Cuna yang tak mahu gambar mereka di sh...